Monday, September 28, 2009

Sumbangan Pembinaan Madrasah Tahfiz Al-quraan

Sumbangan ikhlas dari anda amat-amat diperlukan untuk membina sebuah Madrasah Tahfiz Darul Furqan di Segamat, Johor. Anggaran awal perbelanjaan adalah RM 1.5 juta.

Plan bangunan sepertimana yang dilampirkan dibawah.


F
irman Allah:


مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ (261) سورة البقرة

261. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah[166] adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

[166] pengertian menafkahkan harta di jalan Allah meliputi belanja untuk kepentingan jihad, pembangunan perguruan, rumah sakit, usaha penyelidikan ilmiah dan lain-lain.

Manakala menurut Rasulullah S.A.W pula :

عن أبي عبيدة بن الجراح قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "من أنفق نفقة فاضلة في سبيل الله فبسبعمائة، ومن أنفق على نفسه وأهله، أو عاد مريضا أو مازَ أذى، فالحسنة بعشر أمثالها

Dari Abu Ubaidah bin Jarah telah berkata : Aku mendengar Rasullulah bersabda : sesiapa yang menginfakkan (mendermakan ) hartanya pada jalan Allah maka Allah akan membalasnya dengan tujuh ratus kali ganda di akhirat kelak. Dan sesiapa yang menginfakkan (mendermakan) hartanya untuk dirinya dan ahli keluarganya atau untuk menziarahi orang sakit atau menghilangkan halangan di jalan Maka Allah akan membalas satu kebaikan dengan sepuluh ganjaran diakhirat.(Hadis riwayat imam Ahmad)

عن عمران بن حصين، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "من أرسل بنفقة في سبيل الله، وأقام في بيته فله بكل درهم سبعمائة درهم يوم القيامة ومن غزافي سبيل الله، وأنفق في جهة ذلك فله بكل درهم سبعمائة ألف درهم". ثم تلا هذه الآية: { وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ }

Dari Imran bin Hussin telah bersabda Rasullulah s.a.w : sesiapa yang menghantar derma (infak) pada jalan Allah dan ia duduk di rumah (tidak pergi berjuang) Maka Allah membalas bagi tiap-tiap satu dirham dengan tujuh ratus dirham di hari qiamat . Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah dan juga mendermakan hartanya pada jalan Allah ,Maka Allah akan membalas bagi tiap-tiap satu dirham dengan tujuh ratus ribu dirham pada hari qiamat.Kemudian nabi membaca ayat وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ(Hadis riwayat ibnu majah)

Segala sumbangan derma untuk pembinaan bangunan Madrasah Tahfiz hendaklah disalurkan menerusi :

akaun Bank Islam 01078010017368
diatas nama MADRASAH TAHFIZ QURAN DAN PENGAJIAN KITAB THURAS

Tel: 019-7757446

E-Mail Mudir : Ustaz Mohamad Rozali Jamil al-Hafiz
E-Mail Webmaster: Webmaster

Alamat:
71 Kampung Melayu Raya,
85000 Segamat, Johor.

Baca seterusnya...