Monday, March 22, 2010

AKHLAQ DAN ADAB BERJAMA'AH

Tujuan dan matlamat perjuangan sentiasa menuntut kita melakukan muhasabah supaya perjuangan kita diterima, direstu oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dan mendapat pertolongan daripadaNya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:





A. Ikhlas.
Mestilah ikhlas, ya'ni mempunyai niat yang benar keranan Allah, menuntut keredaanNya dengan menegakkan agamaNya sehingga didaulatkan di dalam negara yang melaksanakan hukum syari'atNya. Abu Musa Al-Asya'ri Radiyallahu 'Anhu menceritakan:

أن أعرابياً أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، الرجل يقاتل للمغنم، والرجل يقاتل ليذكر والرجل يقاتل ليرى مكانه؛ فمن في سبيل الله؟ فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من قاتل لتكون كلمة الله هي العليا فهو فى سبيل الله

Seorang Arab Badwi datang menemui Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam lalu dia bertanya" "Orang yang berperang kerana mahukan ghanimah (harta rampasan), orang yang berperang supaya disebut orang (menjadi masyhur), berperang kerana riya' (menunjuk-nunjuk kepada orang), maka siapakah yang dikira berperang pada jalan allah?" Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam: "Sesiapa yang berperang supaya kalimah Allah (agama Islam) itu menjadi paling tinggi, maka dialah sahaja yang berperang pada jalan Allah)." (Muttafaq 'alaih)

Yang dimaksudkan dengannya ialah perjuangan untuk menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan sama ada melalui cara pilihanraya sehinggalah berperang di negeri yang tidak ada car ayang lain daripadanya mestilah dengan niat yang ikhlas.
Firman allah Subhanahu wa Ta'ala"

وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ
Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan supaya mereka mengabadikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.... (Surah Al-Bayyinah: Ayat 5)
Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam:
إنما الأعمال بالنيّات ، وإنما لكل امريء مانوى ، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله ، فهجرته إلى الله ورسوله ، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها ، أو امرأة ينكحها ، فهجرته إلى ما هاجر إليه
Sesungguhnya semua 'amalan itu mestilah dengan niat, dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu menurut apa yang ia niatkan, maka sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan rasulNya maka hijrahnya itu mendapat kelebihan kerana Allah dan RasulNya, dan sesiapa yang berhijrahkerana dunia yang menjadi tujuannya atau perempuan yang hendak dikahwininya maka berhijrahlah ia menurut tujuannya itu (tidak mendapat pahala). (Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Apabila mengikhlaskan niat kerana Allah semata-mata, maka mestilah membersihkan hati daripada sifat-sifat yang merosakkan niat seperti riya', 'ujub dan sum'ah dan apa-apa jua tujuan kebendaaan. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengajar generasi awal di kalangan umat Islam dalam peristiwa Uhud dan Hunain.
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman berkenaan dengan peristiwa Uhud:
وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ اللَّهُ وَعْدَهُ إِذْ تَحُسُّونَهُمْ بِإِذْنِهِ حَتَّى إِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَازَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ وَعَصَيْتُمْ مِنْ بَعْدِ مَا أَرَاكُمْ مَا تُحِبُّونَ مِنْكُمْ مَنْ يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنْكُمْ مَنْ يُرِيدُ الْآَخِرَةَ ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْ وَلَقَدْ عَفَا عَنْكُمْ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ
Dan sesungguhnya Allah telah memenuhi janjiNya kepada kamu ketika kamu membunuh mereka dengan izinnya sampai kepada saat kamu gagal dan berselisih dalam urusan itu dan menderhakai perintah Rasul sesudah Allah memperlihatkan kepada kamuu apa yang kamu sukai (ghanimah-rampasan) di antara kamu ada orang yang menghendaki dunia dan diantara kamu ada orang yang menghendaki akhirat. Kemudian Allah memalingkan kamu dari mereka untuk menguji kami dan sesungguhnya Allah telah mema'afkan kamu dan Allah mempunyai kurnia atas orang-orang yang beriman). (Surah Ali-'Imran: Ayat 152)
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman berkenaan dengan peristiwa Hunain:
لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ / ثُمَّ أَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَى رَسُولِهِ وَعَلَى الْمُؤْمِنِينَ وَأَنْزَلَ جُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا وَعَذَّبَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَذَلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ /ثُمَّ يَتُوبُ اللَّهُ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ عَلَى مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Sesungguhnya Allah telah menolong kamu di medan peperangan yang banyak dan pada hari berlakunya peperangan Hunain ketika kamu megah dengan diri sendiri kerana ramainya jumlah kamu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfa'at kepada kamu sedikitpun dan bumi yang luas itu menjadi sempit kepda kamu, kemudian kami lari ke belakang bercerai-berai, kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman dan Allah menunrunkan bala tentera yang kamu tidak melihatnya dan Allah meng'azabkan orang-orang kafir, kemudian Allah menerima taubat dari orang-orang yang dikehendakinya. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Al-Taubah: Ayat 25-27)
B. Percaya Dengan Baik Kepada Allah.
Memohon pertolonganNya dan percaya kepada janjiNya: Seseorang yang menceburkan diri dalam perjuangan Islam itu mestilah percaya keapda jaminan Allah dan janjiNya di dunia dan akhirat, perkara ini hendaklah dinyatakan dengan mangadakan hubungan yang baik dengan Allah dengan sifat taqwa (berqiamullail, sunat nawafil, puasa sunat dan sedekah), mengerjakan perintah dan meninggalkan larangan, sehingga ia tidak boleh dijelaskan oleh amaran, sogokan dan bagaimana sekalipun keadaan dan sifat-sifat musuh-musuh Islam itu dan sehingga tidak ada di dalam diri perasaan tidak ada harapan untuk mencapai kemenangan bagi menegakkan cita-cita Islam dan perasaan tidak yakin dengan janji di akhirat.
Orang-orang yang berjuang bersama Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam yang melakukan hijaran dan orang-orang Ansar y ang menerima dan memberi tempat kepada Islam di tanah air mereka, ya'ni kepada janji Allah di dunia dan di akhirat, walaupun tidak ada suatu wawasan yang dapat dilihat dengan mata kasar dan situasi yang terang menandakan kemenangan Islam, mereka percaya kepada firman Allah Ta'ala:
وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ / الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
...demi sesungguhnya Allah mesti menolong orang yang menolong agamaNya, dan Allah itu Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Orang-orang y ang kami bolehkan kepada mereka memerintah di bumi mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran dan bagi Allah akibat segala urusan. (Surah Al-Hajj: Ayat 40-41)
Terhadap ayat وَلَيَنْصُرَنَّ اللَّهُ Sayyid Qutb membuat satu persoalan tentang erti مَنْ يَنْصُرُهُ hingga akhir.
Rasulullah Sallahu 'alaihi wassalam tidak menerima Bani 'Amir kepada mereka meminta jawatan sebelum mencapai kemenangan dan tidak menerima Bani Syaiban kerna merek takut menghadapi Parsi yang menjadi kuasa besar dunia dan tidak yakin bahawa Islam dapat menumbangkan Parsi dan Rom. Tetapi sebaliknya berbai'ah dengan 'Aus dan Khazraj yang percaya kepada Allah dan janjiNya di dunia bahawa Islam akan menang dan janji kebahagian di akhirat, lalu mereka menunaikan perintah Allah dengan patuh dan menghadapi penghalangnya yang datang dari segenap penjuru dan sentiasa menunggu wahyu dan sabda untuk dilaksanakan dan diperjuangkan.
C. Istiqamah.
Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan ber 'amal dengan segala tuntutannya denga tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain dan hanyut bersama urusan jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Fir'aun dalam menegakkan Islam di zamannya:
فَاسْتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَانِّ سَبِيلَ الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
... maka kamu berdua mestilah istiqamah dan janjanglah kamu mengikuti orang-orang yang tidak tahu. (Surah Yunus: Ayat 89)
Firman Allah kepada Nabi kita Muhammad Salallahu 'alaihi wassalam"
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ / وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
...maka beristiwamahlah (tetap di atas jalan yang benar) seperti yang diperintah keapdamu dan juga orang yang telah bertaubat bersamamu dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan, dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh oleh api neraka dan kamu tidak sekali-kali selain daripada Allah mempunyai penolong kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. (Surah Hud: Ayat 112-113)
Apabila Sufyan bin 'Abdullah berkata kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam"
قل لي في الإسلام قولا لا أسأل عنه أحدا غيرك قال قل آمنت بالله ثم استقم
"Katakanlah kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanyakan seseorang yang lain daripadamu. "Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam: "Katalah: aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah beristiqamah."
Para Rasul dan para sahabat adalah orang-orang yang paling istiqamah, tetapi mereka diperintah juga supaya beristiqamah. Ini menunjukkan bahwa sifat itsiqamah itu sangat pening dan cara untuk mendapat pertolongan Allah Subhanahu wa Ta'ala, bahkan orang yang tidak istiqamah, 'amalannya menjadi sia-sia.
Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam"
ثلاثة لا ينفع معهن عمل : الشرك بالله،عقوق الوالدين، والفرار من الزحف
Tiga perkara yang tidak memberi manfa'at bersamanya oleh sebarang 'amalan, iaitu; menyengutukan Allah, mendeerhakai kedua ibu-bapa dan lari dari medan perjuangan. (Hadith riwayat al-Bukhari)
D. Ta'at.
Keta'atan itu lahir daripada sikap percaya mempercayai di antara pemimpin dan pengikut apabila kepimpinan mempunyai keikhlasan dan menyatakan perngorbanan yang sebenar danperhatian keapda perjuangan dan pengikut-pengikutnya. Keta'atan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa kelapangan dan kesempitan dalam perkara yang tidak ma'siat.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman ta'atlah kamu akan Allah, dan ta'atlah kamu akan rasul dan Ulul-amri (pemimpin dikalangan kamu)... (Surah al-Nisa'" Ayat 59)
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam telah meneguhkan sisfat keta'atan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai'ah di antara bai'ah Al-'Aqabah yang terkenal sebelum melakukan hijrah yang merupakan perintah yang sangat penting yang membawa keapda tertegaknya negara Islam. Di dalam bai'ah itu menurut riwat Imam Ahmad, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda:
فقال: "تبايعونني على السمع والطاعة في النشاط والكسل، والنفقة في العسر واليسر، وعلى الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر، وأن تقولوا في الله لا تخافوا في الله لومة لائم، وعلى أن تنصروني فتمنعوني إذا قدمت عليكم مما تمنعون منه أنفسكم وأزواجكم وأبناءكم ولكم الجنة".
Berbai'ahlah kepadaku di atas kewajipan mendengar dan ta'at di masa cergas dan di masa malas, sanggup berbelanja di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan menyuruh kepada yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama Allah dalam semua keadaan tidak boleh dijejaskan oleh celaan orang yang mencela, dan sanggup menolong aku apabila aku tiba kepda kamu dan kamu sanggup memeprtahankan aku daripada apa yang kamu pertahankan daripadanya akan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu dan bagi kamu syurga.

Dan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq Radiyallahu 'anhu pula didalam khutbah apabila beliau dilantik sebgai khalifah:

أطيعوني ما أطعت الله، فإذا عصيت الله فلا طاعة لي عليكم
Taatlah kamu kepada aku selama mana aku ta'at kepada Allah pada memerintah kamu, sekiranya aku maksiat maka tidak wajib kamu menta'ati aku.
Keta'atan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan kepimpinan sehingga menjadi kelam-kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam parti yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa kepada perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jama'ah dalam parti.
Keta'atan membawa penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap parti dan melaksanakan amal jama'i yang tidak boleh dijejaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti menjadi celaru dan tidak selaras di antara satu sama lain.
Keta'atan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang terlalu ke depan, ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.
E. Ukhuwwah (Persaudaraan).
Ahli-ahli parti dan penyokongnya di semua peringakat laksana batu-batu yang berselerak danperlu diikat dengan teguh dan kuat dengan hubungan persaudaraan yang erat diantara sat sama lain. Betapa perluanya persaudaraan ini maka Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam menjadikan di antara perkara pertama ketiak hijrah ialah mempersaudarakan di kalangan Muhajirin dan Ansar. Dengan hubungan persaudaraan, maka keteguhan saf yang sangat penting dalam perjuangan Islam itu dapat diwujudkan.
Firman allah Subhanahu wa Ta'ala:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ
Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berjuang pada jalanNya dalam saf laksana bangunan yang tersusun rapi (Surah al-Saff: Ayat 4)
Sebarang kekosongan yang memutuskan saf nescaya dicelah oleh syaitan yang dapat menjejaskan jentera parti dan perjalanannya.
Kegiatan usrah adalah sebahagian dariapda langkah mengeratkan persaudaraan, keran perkataan usrah yang berma'na keluarg itu adalah lebih bertujuan untuk menjalankan hubungan dan menyelesaikan masalah secara kekeluargaan, adapaun penekanan 'ilmu lebih ditumpukan dalam majlisnya sendiri iaitu majlis-majlis 'ilmu yang dianjurkan oleh parti yang mewujudkan berlakunya tolong-menolong di antara satu sama lain. Demikian juga sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh parti dengan cara menyusun petugas-petugas yang dapat saling tolong-menolong dan mengeratkan persaudaraan.
F. Kerahsiaan.
Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam"
استعينوا على قضاء حوائجكم بالكتمان فإن كل ذي نعمة محسود

Mintalah pertolongan untuk menunaikan hajat-hajat kami dengan menyembunyikan.
Perjuangan Islam ini dikepung oleh musuh-musuh yang ramai dari segala penjura, mereka sentiasa mengintip segala kegiatan parti untuk mementangnya, oleh itu kita tidak boleh boros dengan kenyataan mendedahkan kerahsiaan, membongkar perkara-perkara dalaman yang tidak patut dibuka kepada umum sehingga mendedahkan kelemahan kepada musuh dan memberi kemudahan kepada mereka untuk memukul dan melumpuhkan parti serta menggagalkan perjalannya.
Sirah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam banyak mengajar kita dalam perkara ini secara praktikal di mana kemenangan banyak dicapai dengan cara-cara yang mengejutkan musuh dan mereka tidak ada ruang untuk mengambil kesempatan wakaupun dari bebrapa kelemahan yang ada.
Parti bukan sahaja perlu menyusun strategi yang baik dan rapi tetapi ada juga perkara-perkara yang menjadi suatu kerahsiaan y ang tidak boleh diumumkan. Adalah tidak wajar semua ahli mengetahui segala yang dirangka oleh kepimpinan termasuklah perkara yang perlu dirahsiakan. dan tidak bijiksana sekiranya untuk mengumumkan semua perkara dan ahli-ahli menekan dalam perkara ini sehingga menjejeassskan keta'atan dalam melaksananakn tugasan parti.
Sabda Rasulullah Sallalahu 'alaihi wassalam:
وهل يكب الناس علي وجوههم في النار الا حصائد السنتهم
Adakah disembamkanmanusia ke dalam neraka di atas muka-muka mereka melainkan perkara-perkara yang dituai oleh lidah-lidah mereka sendiri.
Sebaliknya sebarang rahsia musuh yang dapat dikesan sama ada kecil atau besar hendaklah dilaporkan kepada parti.
G. Tidak leka Dengan Pencapaian Yang Ada.
Seringkali berlaku apabila terdapat sedikit kemajuan atau kemenangan menyebabkan berlakunya kelekaan dalam menjalankan tugas dan memberi sumbangan keapda parti. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menegur para sahabat radiyallahu'anhum apbila merek amemandang ringan kepada kewajipan jihad setelah mecapai beberapa kemenangan.
Firman allah Subhanahu wa Ta'ala:
وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Dan berbelanjalah kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.... (Surah Al-Baqarah: Ayat 195)
Seringkali berlaku di negeri atau kawasan yagn telah mencapai kejayaan berlakunya kecuaian walaupun untuk mempertahankan kemenangan itu, sehingga tugas-tugas prt menjadi perkara sampingan.
H. Menunaikan Janji dan Beriltizam Dengannya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memberi penegasan dalam perkara ini dengan firmanNya:

وَأَوْفُوا بِعَهْدِ اللَّهِ إِذَا عَاهَدْتُمْ وَلَا تَنْقُضُوا الْأَيْمَانَ بَعْدَ تَوْكِيدِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ اللَّهَ عَلَيْكُمْ كَفِيلًا إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ
Dan tetatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu sesudah meneguhnya, pada hal kami telah menjadikan Allah sebagai penjamin, sesungguhnya Allah mengetahui apa-apa yang kamu lakukan. (Surah Al--Nahl: Ayat 91)
Sama ada perjanjian dengan jama'ah , atau perjanjian sesama sendiri dan termasuklah juga perjanjian denga musuh-musuh hendaklah ditunaikan dan disempurnakan dengan baik, sebarang kemungkiran boleh menghilangkan kepercayaan di antara satu sama lain dan menghilangkan kewibawaan. Di antara yang ketara di setiap tempat dalam jama'ah ialah tidak menjaga masa.
I. Tidak Melampau (Sentiasa Menguasai Diri).
Allahu Subhanahu wa Ta'ala melarang sikap dan tindakan yang melampau walaupun terhadap musuh di medan perang, maka terlebih utama terhadap sesama sendiri dan ketika muwajaahah silmiyyah
Firman allah Subhannahu wa Ta'ala:
وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

dan berperanglah pada jalan allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. (Surah Al-Baqarah: Ayat 190)
Demikian daripada perkara yang perlu diberi perhatian dan dibincangkan di samping bermuhasabah kepada diri sendiri dan parti supaya perjuangan kita diterima, diredai Allah dan dikurniakan kemenangan di dunia dan akirat.

0 comments:

Post a Comment