Tuesday, March 23, 2010

TUNTUTAN BERJAMA'AH

A. Kewajipan Berjama'ah (Harakah Islamiyyah).

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُونُوا أَنْصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنْصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنْصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا ظَاهِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela (agama) allah sebagaimana (keadaan penyokong) Nabi Isa Ibnu Maryam (ketika ia) berkata kepada penyomong-penyokongnya itu: "Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalanan) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)?" Penyokong-penyokong Nabis Isa menjawab: "Kamilah pembela-pembela (agama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Isra'il beriman dan sepuak lagi tidak beriman. Lalu Kami memberikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (surah Al-Saff: Ayat 14)





إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk mempertahankan agamaNya, dalam satu saff yang teratur rapi, seolah-oleh mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (Surah Al-Saff: Ayat 4)
1. Dari Huzaifah bin Al-Yaman Radiyallahu 'anhu, berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasslam:
تَلْزَمُ جَمَاعَةَ المُسْلِمِينَ وَإِمَامِهِمْ
Wajiblah kamu bersama-sama jama'ah Muslimin dan pemimpin mereka (Muttafaq 'alaih)
2. Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam"
إِنَّ الشَيْطَانَ ذِئْبُ الِإنْسَانِ ، كَذِئْبِ الغَنَمِ ، يَأخُذُ الشَاةَ القَاصِيَةَ وَالنَّاحِيَةَ ، فَإِيَّاكُمْ وَالشَّعَابَ ، وَعَلَيكُم بِالجَمَاعَةِ وَالعَامَةِ وَالمَسْجِدِ
Sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing yang menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka jangan kamu memencilkan diri dan hendaklah kami berjama'ah dan mencampuri orang ramai seperti menghadiri masjid. (Hadith riwayat Ahmad bin Hanbal)
3. Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam:
إِنَّ مَنْ فَارَقَ الجَمَاعَةِ قِيْدَ شِبْرٍ فَقَدْ خَلَعَ رِبْقَةَ الِإسْلاَمِ مِنْ عُنُقِهِ وَاِنْ صَلَّى وَصَامَ وَزَعَمَ اَنَّهُ مُسْلِمٌ
Barangsiapa yang memisahkan dirinya dari jamaah sekadar sejengkal, sesungguhnya ia telah menanggalkan Islam dari lehernya, sekalipun ia bersembahyang, berpuasa danmenyangka dirinya seorang Islam. (Riwayat Al-Tarmidzi, Al-Nasa'i dan Ibnu Hibban. Dan berkata Al-Hakim: sahih menurut syarat Al-Bukhari)
B. Ciri-ciri Jama'ah Islam.
1. Bermatlamat:
a. Membentuk peribadi Islam.
b. Membina keluarga dan masyarakat Islam.
c. Membangun negara Islam.
Kaedah fiqh menyatakan:
مَا لَا يَتِمُّ الوَاجِبُ اِلَّا بِهِ فَهُوَ الوَاجِبُ
Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib.
Segalal hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quraan tidak dapat dilaksanakan semuanya tanpa ada kuasa (kerajaan). Maka untuk membentuk sebuah kerajaanitu wajib pula seperti wajibnya melaksanakan segala hukumNya.
Imam Al-Ghazzali Rahimahullah Ta'alal berkata:
اَلدِّيْنُ وَالدَّوْلَةُ تُؤَامَانِ
Agama dan negara itu berkembar (tidak berpisah)
2. Sasaran 'Amalannya:
Membenteras segala bentuk mungkar serta menyuruh dengan ma'ruf. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyeru berbuat segala perkara yagn baik serta melarang segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian, ialah orang-orang yang berjaya. (Surah Ali-'Imran: Ayat 104)
3. Jama'ah Yang Mempunyai SIfat-Sifat Hizbullah:
Ahli jama'ah yang mempunyai sifat0sifat Hizbullah. Firman Allah Subhanahu wa ta'ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ/ إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ / وَمَنْ يَتَوَلَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آَمَنُوا فَإِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ
Wahai mereka yang beriman, siapa di antara kamu yang berpaling tadah dari agamaNya (murtad) maka Allah akan datangkan pula suatu kaum yang Allah kasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, bersifat lemah-lembut terhadap orang yang beriman danberlaku tegas terhadap orang kafir. Mereka berjuang bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut celaan orang-orang yang mecela, yang demikian itu limpah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya kerana Allah itu luas kurniaan lagi meliputi 'ilmuNya. Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah dan rasulNya serta orang-orang yang berimna, yang mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat serta mereka ruku' (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (dapatlah ia kemenangan) kerana sesungguhnya golongan Allah (Hizbullah) itulah yang tetap menang. (Surah Al-Ma'idah: Ayat 54-56)
وَاَصْلُ الِحزْبِ اْلقَوْمِ يَجْتَمِعُوْنَ ِلاَمْرِ حِزْبِهِمْ اَىْ اَصَابَهُمْ
Asal ma'na Hizbi, ialah satu kaum berhimpun atau berkumpul kerana suatu perkara yang mengancam mereka atau sesuatu musibah yang menimpa mereka. (Al-Asas fi Al-Tafsir)
Dan mereka yang memberi wala' (kesetiaan) dan kepimpinan keapda selain daripada Allah dan RasulNya dan orang-orang yang mu'min yang bersifat dengan sifat-sifat tersebut, maka ia bukannya daripada jama'ah Islam.
Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam:
اَلمَرْءُ مَعَ مَنْ اَحَبَّ
Seseorang itu bersama dengan orang yang dikasihi.
Firman Allah Subahanahu wa Ta'ala:
لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آَبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah da hari akhirat, tergamak berkasin mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan rasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu Allah telah menetapkan iman di hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan ia akan memasukkan dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, merek atetap kekal di dalamnya. allah reda akan mereka dan mereka pun redha (serta bersyukur)akan nimat pemberianNya. Merekalah penyokong agama-agama Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya golongan Allah (Hizbullah) itu ialah orang-orang yang berjaya. (Surah Al-Mujadalah: Ayat: 22)

لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ
Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian, maka tidaklah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (golongan yang kafir itu) dan Allah memerintahkan supaya kamu beringat-inagat terhadap diriNya dan kepada Allah jualah tempat kembali. (Surah Ali-'Imran: Ayat 28)
Berkata Sa'id Hawwa dalam bukunya Jundullah: "Manusia di dalam kehidupan ini tidak dapat melepaskan dirinya dari Hizbullah atau Hizbussyaitan selain Al-Wala' ini. Jika wala' seseorang cacat, salat, zakat, haji dan puasanya atau semua segi 'ibadah Islam tidak dapat membuat dirinya termasuk dalam Hizbullah. Jika wa;a'nya benar, dia berada dalam lingkungan Hizbullah, walaupun tidak dapat mencakup seluruh 'ibadah."
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا / الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
Kabarkanlah kepada orang-orang munafiq bahawa mereka akan mendapat seksaan yang pedih, (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mu'min, apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. (Surah An-Nisa': Ayat 138-139)
Ciri-ciri Al-Wala' dalam ayat tersebut , ialah:
a. Al-Nusrah (memberi pertolongan).
b. A'tha' Lil-Kafirin Asarul-Mu'minin (dedah rahsia mu'min).
c. Al-Mahabbah wal-Mawaddah (berkasih-sayang).
d. Al-Majalish Lil-Kafirin wal-Munafiqin Ikhtiaran (bersama golongan kafir - munafiq secara sukarela).
e. Al-Ta'ah (kepatuhan).
Firman Allah Subhannahu wa Ta'ala:
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنْ يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini,nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah). (Surah Al-An'am: Ayat 116)
4. Jama'ah Yang Memperjuangkan Islam Secara Menyeluruh.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam sepenuhnya (dengan mematuhi segala hukum-hukumNya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata. (Surah Al-Baqarah: Ayat 208)
5. Jama'ah Yang Banyak Menghadapi Ibtila'.
Firman allah Subhanahu wa Ta'ala:
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ وَكَفَى بِرَبِّكَ هَادِيًا وَنَصِيرًا

Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap para Nabi itu musuh dari kalangan penjahat-penjahat dan cukuplah Tuhan kamu (Allah) sebagai petunjuk dan penolong. (Surah Al-Furqan: Ayat 31)
6. Kewujudan Berterusan.
Jama'ah Islam mampun menghadapi segala ujian dan cabaran dan ia tetap bertunas dan bergerak meskipun sentiasa dilanda ombak dan gelombang.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
فَأَمَّا الزَّبَدُ فَيَذْهَبُ جُفَاءً وَأَمَّا مَا يَنْفَعُ النَّاسَ فَيَمْكُثُ فِي الْأَرْضِ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ
... maka adapun bih di laut itu (kepalsuan), maka iaitu akan hilang dan adapun apa yang berguna kepada manusia itu (Islam) ia tetap kekal di bumi ini... (Surah Ar-Ra'd: Ayat 17)
Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam bersabda:
لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي ظَاهِرِيْنَ عَلَى الحَقِّ، لَا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَى يَأْتِىَ أَمْرُ اللهِ
Akan terus wujud segolongan umatku yang berani melahirkan kebenaran. Tidak akan memberi mudarat kepada mereka oleh orang-orang yang menyanggahinya hingga datangnya perintah Allah. (Hadis riwayat Al-Bukhari)
C. Kesimpulan.
Berdasarkan kepada hujah-hujah yang tersebut, maka kesimpulannya:
1. Wajib membentuk jama'ah Islam.
2. Wajib menyokong jama'ah Islam.
3. Haram menentang jama'ah Islam.
Diharapkan perkara-perkara penting yang disebut dalam kesimpulan akna diperincikan dalam makalah-makalah yang lain dan saudara-saudara dapat membuat rujukan dalam kertas-kerta yang berkenaan.

Wallahu a'lam. wassalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

0 comments:

Post a Comment